Khamis, 30 Jun 2011

Tazkirah -Kunci-kunci meraih kejayaan

Untuk renungan kita bersama.....jika ada yang sudi membaca terima kasih, juga ibu tujukan entry ini khas untuk anak-anak ibu...bila-bila masa bacalah apa yang ibu titipkan ini...
Semua ini dipetik dari buku Dr.'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni - Jangan Bersedih. Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.
Dunia ini bila suatu hari penuh dengan tawa ria
maka pada keesokkan harinya
akan penuh dengan tangisan
Alangkah buruknya negeri dunia ini
-Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan RasulNya.
-Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan.
-Kunci syurga adalah Mengesakan Allah (Tauhid)
-Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya.
-Kunci kebaikan ada kejujuran
-Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari, dan meninggalkan perbuatan dosa.
-Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.
-Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
-Kunci kebahagiaan adalah taqwa.
-Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
-Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
-Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa.

Selasa, 28 Jun 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj

Alhamdulillah...masih diberi nafas untuk terus hidup di dunia ini. Semoga hati ini terus diberikan dan dikurniakan cahaya keimanan dan ketakwaan. Sempena ketibaan peristiwa israk dan mikraj..marilah kita sama-sama menghayati dan mendalami apa yang terkandung di sebalik peristiwa ini.


PENGENALAN

Ketika tulisan ini ditulis menunjukkan bahawa bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat iaitu Ramadhan al-Mubarak. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab ini berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.

Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.



PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Surah al-Israa: ayat 1).

Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.
(Surah an-Najm: ayat 13-18).

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.


SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ

Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).

Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.

Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.


PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ

Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.

Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.


KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.


DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU

Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.

Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.

Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.

Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.


PERTIKAIAN KAFIR QURAISY

Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.

Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.

Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.

Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.

Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.

Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.

PENUTUP

Dari segala apa yang telah saya nyatakan ini maka sudah tentulah pelbagai pengajaran dapat diambil dari peristiwa Israk Mikraj ini. Ia bukanlah hanya sekadar cerita untuk didengar dan dibaca semata-mata namun jauh dari itu ia dapat dijadikan pedoman hidup selama kita di dunia ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari tulisan ringkas ini. InsyaAllah.

Sumber : SINI

Sabtu, 25 Jun 2011

Balqis's New Hair Style

Cantik tak ? Comel Tak?
Apa-apalah yer......dah hilang rambut kerinting saya....:)
Dah beberapa hari ibu dan ayah...asyik berbelah bahagi..nak gunting ke tak mahu..nak gunting ke tak mahu.......sebab rasa cam sayang lak rambut blqis tu. Tak gunting, kasihan pulak balqis, panas, dah la tu..balqis jenis yang tak suka ikat rambut..asyik berpeluh jer kepala dia, basah rambut dengan peluh.

Akhirnya petang tadi......gunting jugalah......puas nak samakan sebab balqis asyik nak main ubat gigi dan berus gigi yang ada kat situ..kejap diri..kejap duduk main air kat sinki....


Rambut raya .....kata ayah....tak lama panjanglah semula rambut tu yer balqis...:)



Sebelum gunting rambut


Selepas digunting


Taraaaaa.....comel tak....




Abang-abang balqis kata....alaaaa...balqis dah tak berapa comel dah........apa-apalah abang, angah, uda,ateh...saya panas tauuuuuuuu......nanti comel lah balik.....:))

Ahad, 19 Jun 2011

Selamat Hari Bapa

Gambar tahun 2009 - sewaktu balqis masih baby....


Selamat Hari Bapa untuk ayah tersayang......bapa kepada anak-anak..Amerrul Firdaus, Amerrul Syafiq, Amerrul Rafique, Amerrul Idzham dan Amerra Balqis. Terima Kasih kerana memberikan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi, memberikan kami kesenangan, menjadi tempat untuk kami bergantung harap, sanggup bersusah demi kesenangan kami, sentiasa ada diwaktu kami memerlukan ayah, sentiasa ada sewaktu susah dan senang...ayahlah kekuatan hidup kami, ayahlah penyeri hidup kami....kami sentiasa sayang ayah dan sentiasa mendoakaan agar ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah keredhaan Allah, dipanjangkan usia untuk terus menjadi ayah yang terbaik buat kami dan menjadi pembimbing kami dunia dan akhirat.....

Kad buatan sendiri anak-anak...walaupun rupanya kurang cantik, tetapi ingatan itu yang penting...ibu tak suruh pun...malam tadi ibu, ayah dan balqis keluar pergi cari durian dan rambutan, balik jer anak-anak sedang buat kad..tapi sorok-sorokkan dari ayah



Idzham punya...angah tukang sebut huruf, idzham tukang tulis.....:)
Dari Firdaus
Kata-kata dari Firdaus buat ibu dan ayah tersenyum :)


"walaupun rupa ayah seperti orang yang marah..."




Ini pula hadiah dari ibu...:)


Jumaat, 17 Jun 2011

Hati Ibu Sedih....


Dah lama ibu simpan perasaan sedih ni.....diluah mata emak, ditelan mati bapa.....tak tahu lah di mana lagi ibu boleh luahkan perasaan sedih ni. Ayah sering nasihatkan ibu...lupakan itu semua, ayah dan anak-anak sentiasa ada untuk ibu, tidak perlu sedih dengan orang yang tidak menghargai tali persaudaraan, mencari apabila perlu dan bila tidak dapat apa yang dihajati....terus putuskan tali persaudaraan tu. Sudah bertahun..mungkin berbelas tahun mungkin, tali itu kejap ada kejap tiada dan boleh dikatakan sudah putuslah.


Sudahlah ibu ni tak ramai saudara....sob..sob..sob....


Salahkah ibu menolak permintaannya....menolak permintaanya untuk meminjam wang...bukan sedikit...bukan puluh, bukan ratus..tapi lebih dari itu. Sepatutnya dia faham, ibu bukanlah seorang yang berkerjaya, bukanlah ada pendapatan sendiri. Ibu pun ditanggung oleh ayah....manakan sampai hati ibu untuk meminta-minta pada ayah...sedangkan ibu sendiri mana pernah meminta-minta pada ayah...cuma..ayah terlalu baik hati memberi ibu pelbagai kesenangan....bukan sahaja material..tapi juga kasih sayang yang tidak pernah pudar.


Ibu tolak secara baik.....secara berhemah...lagi pun ayah sendiri nasihatkan ibu untuk tidak mudah memberi sesiapa meminjam wang dalam kuantiti yang banyak. Maklum...kadang-kadang disebabkan hutang...akan ada permusuhan..kawan jadi musuh, saudara sendiri akan putuskan persaudaraan. Seelok jer ibu menolak...secara terus...dia menjauhkan diri dari ibu, langsung tidak menegur ibu, baik suami mahupun isterinya......(pelik...isteri yang minta dan diminta jangan maklum pada suami, tapi elok jer ibu tolak..kedua-duanya menjauhkan diri).


Ibu sayangkan tali yang baru mula untuk disambungkan....

Bukan ibu tak tahu..banyak kali ibu disindir.....dengan sindiran-sindiran..."Harta tak boleh bawa mati", "Isu bakhil" dan sebagainya....tapi...kenapalah tak mahu faham situasi dan kedudukan ibu. Mungkin selama ini, ayat-ayat untuk menyambung kembali tali persaudaraan yang telah lama terputus itu hanya untuk mengaburi mata ibu....dan..ibu tahu kisah di sebaliknya...itu salah satu alasan kukuh untuk ibu tolak....dengan sebab musabab yang tidak berapa masuk akal...ibu bukan bodoh untuk mempercayai 100%.


Bilalah nak berubah......tidak perlu lagi nak sindir-sindir ibu.....tiada siapa yang meminggirkan kamu..sebaliknya kamu yang meminggirkan diri sendiri, kamu yang sering hilang...,kamu yang sering menukar nombor telefon.....ibu, kakak ibu dan keluarga ibu tidak pernah membuang kamu.....ibu baru mahu berbaik-baik dengan orang baru yang kamu bawa masuk dalam keluarga kita, baru untuk menyulam kasih dan sayang dengannya, setelah orang lama yang terlalu ego, terlalu sombong sudah lama "berambus" dari hidup keluarga ibu.....jawablah di akhirat nanti....keluarga ibu tidak pernah membuang DIA dari hidup kami..tetapi..DIA yang terlalu angkuh, terlalu sombong, tidak ada usaha untuk berbaik dengan kami....so..biarkan lah...apa yang DIA buat ni akan ditanya di SANA nanti....bukan dengan ibu..tetapi dengan nenek dan datuk.....


Semoga Allah membuka pintu hati kamu untuk berubah.......

Khamis, 16 Jun 2011

Taman...boleh kot !!


Boleh ker dipanggil taman ni ekkk..? Sakit dan melecet jari ibu, mengerjakan rumput rampai di taman ni...trim rumput guna gunting pokok tu.....rumput dah panjang. Ibu juga trim sikit-sikit pokok. Dah lama terbiar taman ni......itu jerla pokok yang ada di taman sekangkang kera kat rumah kita ni. Kadang-kadang nak jer minta ayah simenkan ajer taman tu, tapi tak best la pulak tak ada kawasan yang hijau. Dari sehari ke sehari ibu ajak ayah beli pokok-pokok nak kasi meriah lah taman tu...tapi...ayah selalu kata...pokok yang ada pun tak terjaga...ini pulak nak tambah yang lain...huhuhuhuhu...sedih...sedih ibu. Ayah kata tangan ibu ni tak rasi tanam pokok, tapi tuuuuuuuu....semua pokok tu ibu lah yang tanam...hehehe..hidup gak tu....


Banyak lagi rumput yang belum trim, ibu dah surrender...tak sanggup dah...duduk mencangkung lak buat ibu gelap mata...bila bangun jer semua gelap....kang pengsan kang sapa nak tolong......balqis..?...ohhh....ya balqis tolong ibu kutip daun-daun masuk dalam beg plastik sampah..:)


Nampak tak sebelah kiri tu ada banyak batu-batu..haaaa..itu dulu sebenarnya kolam..ada ikan dalam tu, lepas tu bila duduk puchong...kolam tu terbiar sahaja...ikan pun ntah sapa yang cilokkk....so..kolam tu dah macam jadi tempat pembiakan nyamuk.....bila pindah semula Melaka...ayah kata kambus lah kolam tu..lagi pun kita ada baby....bahaya pulak...


Ibu kena buat ansur-ansur lah nampaknya men"trim" rumput-rumput tu......tak larat wehhhh......melecet dah tangan ni......lepas tu di celah-celah pokok tu kekadang ada katak tau...haaaa...itu yang ibu seriau....kalau dah jumpa katak..alamat berbulan lah pulak ibu jengah taman tu......

Ada sesiapa nak tolong ibu...? atau..kita simenkan jer kawasan tu dan tanam pokok bunga dalam pasu jer...ker gituuuu......???

Selasa, 14 Jun 2011

Balqis....menghampiri usia dua tahun



Gambar ni bila balqis bad mood, terpaksa bangun pagi time ibu nak hantar idzham..... tak boleh lupa..tiap kali bangun pagi..ayah kata.."anak singa dah bangun".....dengan rambut dia yg kusut tu dnegan terus menangisnya....



Balqis...balqis..bikin ibu pening..bikin ibu kelam kabut......balqis uwaaaa...ibu pun sama nak uwaaaaaa juga........

Sudah dua hari Balqis buat perangai baru......bangun pagi jer dia mesti menjerit-jerit menangis lagak seperti orang kena pukul...kena dera....aduhhhh.......tak cukup dengan menangis..dia akan tarik-tarik tangan ibu....dia nak suruh ibu tidur lagi dengan dia dan susukan dia....

Masalahnya....bukan ibu tak mahu..tapi ibu kena siapkan idzham..mandikan idzham, lapkan dia, pakaikan baju, stokin,kasut, sikatkan rambut idzham, buatkan milo idzham........dan seterusnya hantar idzham ke tadika....

Balqis pulak menangis..menjerit....tak pernah lagi tengok dia macam tu..ibu dah pening....dah kelam kabut...nak marah ...sudah pastilah perasaan marah tu datang..tapi..ibu control..control...cuba pujuk dan cakap baik-baik..dan sudahnya..ibu biarkan dia macam tu jer....buat derrkkkk...jer..siapkan juga idzham dan angkat dia sekali masuk dalam kereta.....terus-terusan dia melalak dalam kereta...diam tak diam bila nak turun kereta di sekolah idzham...waduhhh...waduhhhh...bikin ibu runsing....keluar segala peluh ....tak tahu lah peluh jantan ke peluh betina ker.........huhuuhuh....berapa lama agaknya balqis nak berkeadaan seperti tu setiap pagi....


Lebih kurang 2 minggu lebih lagi balqis akan masuk usia dua tahun....dah besar dah anak dara ibu ni........

Ahad, 12 Jun 2011

Layan anak-anak di McD

Hari ini kan....ayah bangun awal pagi, then ayah kata...pagi ni kita keluar sarapan ya..seperti weekend yang sesebelum. Di sebabkan awal lagi...ayah pun sambung tidur......huhuhuhuh...terus tidur...tidur..tidur..angka sudah menunjukkan jam 12 tengahari...ibu pulak nak kejutkan ayah tak sampai hati. Sebab itu tahu ayah kepenatan...yerla malam tadi sampai rumah jam 9:15 malam, pukul 10 malam..bawa kami pergi ke rumah salah seorang saudara ayah yang buat kenduri kahwin hari semalam, tapi di sebabkan ayah masih di German tak dapatlah nak hadirkan diri. Sampai rumah pukul 12 malam....pukul 3 pagi baru ayah dapat tidur....

Awal pagi ayah bangun, ayah kata kepala mengong, mamai...apalagi ....jet lag lah tu. Mana nak sesuaikan mata dengan waktu kat sini pula, dengan 15 jam dalam flight.
Tak apalah...ibu pun terus masak untuk makan tengahari dan anak-anak pun makanlah. Lebih kurang masuk waktu Zuhur ayah bangun, lepas bersiap ayah ajak keluar makan dan tanya anak-anak nak makan apa...cepat jer la dorang jawab McD...hmmmm..bila ayah kata ok.....terus melonjak happy anak-anak ibu termasuk si Balqis yang dok ikut jer apa yang abang-abangnya buat...

Di McD.....huhuhuuh..boleh tahan ramainya orang.......sementara ibu makan. ayah melayan anak-anak di tempat permainan yang ada kat situ.....Kasihan Balqis dah lama dia tak pergi ke tempat macam tu..dia punya happy....sabar jerla...time nak balik tu dia tak mahu balik...meronta-ronta dalam dukungan ayah...tapi nasib baik bila di pujuk dia diam juga....

Waktu makanan sampai......apalah yg iyam termenung tu

Ibu dan Balqis..aikk..balqis pun termenung....
Ibu dan anak-anak...sukanya Balqis
Ayah layan anak-anak..


Sukanya Balqis dan idzham....tengoklah balqis tu...




Pulang dari Munich, German

Malam tadi, ayah sampai di rumah setelah 15 jam dalam flight dari German transit di Bangkok dan dari Bangkok ke Kuala Lumpur. Ayah sampai lebih kurang jam 9:15 malam. Di sebabkan aktiviti yang packed di German, on the way dari airport Munich, ayah cuma sempat beli keychain dan juga Fridge Magnet. Keychain seorang satu dan fridge magnet untuk ibu ayah kata.




Ini keychain, dari kiri ke kanan...Balqis punya, Idzham, Rafique, Angah dan kanan sekali Firdaus punya.

Okk......ini bukan ole-ole dari German, tapi semasa di KLIA tadi ayah sempat belikan ibu bangle :), Actually, dah lama usha bangle ni...dah pergi ke Habib di Melaka, Poh Kong, tapi tak ada design yang menarik minat ibu atau pun ayah. Kebetulan malam tadi..ayah singgah dan nampak lah design yang ayah kata nampak cantik dan solid..agak berat jugalah bangle ni..dengan harapan ibu sukaaaaa. Memang ibu suka pun...lagi pun ibu tahu..taste ayah lagi tinggi dari ibu..dan ibu tak perlu risaulah bab tu :)




THANKS AYAH...terima kasih daun keladi..heheh

Khamis, 9 Jun 2011

Kenangan KUO UKM 1994



Gambar ini ibu ambil dari FB ayah, yang ibu punya tak tahu lah mana tersalah letak..sama ada kat rumah puchong ker atau kat sini. Gambar ini ada semasa Minggu Orientasi Pelajar Baru UKM 1994. Ini lah semua Pelajar Tahun 1 Kamsis Ungku Omar. Tak tahu lah kat mana ibu dan ayah terselit....hehehe.....ohh..ya masa ni ibu dan ayah masih belum kenal antara satu sama lain. Cuma, ibu pernahlah nampak ayah sebab ayah kan fofular kekdahnya....:).

Rabu, 8 Jun 2011

Majlis Perkahwinan

Semasa menghadiri Majlis Perkahwinan anak Datuk Kamarul Zaman, KSU Kementerian Kesihatan di Grand ballroom MITC , Melaka. Kami datang awal lebih kurang pukul 12:30 tengahari, alhamdulillah waktu itu jemputan masih belum ramai yang datang. Sempat lah snap beberapa gambar anak-anak....sekali lalu jerlah. Lepas itu, kami singgah sekejap di PC Fair yang sedang berlangsung di tingkat bawah.






Bahasa Terlarang

Petikan dari Berita Harian Selasa 7 Jun 2011



Guru kesan ayat ringkas SMS, chatting digunakan pelajar dalam peperiksaan Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.

Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Semakin kronik nampaknya penggunaan bahasa terlarang ni dikalangan murid-murid sekolah. Kadang-kadang kita yang sudah "agak berusia" ni memang susah nak faham apa yang hendak disampaikan. Bila susah nak faham...jadi sakit hati nak membacanya. Tapi, apa yang diperhatikan, penggunaan bahasa seperti ini menjadi trend bukan sahaja di kalangan murid sekolah, tetapi juga anak-anak muda yang berusia awal 20-an. Pernah menerima sms dan juga mesej di FB menggunakan bahasa terlarang ini....berulangkali perlu membaca untuk memahami apa yang hendak di sampaikan.


Di sini..ada beberapa ayat yang dipetik dari Berita Harian semalam :


1. Ko katne ni? Nk kut ke x? ak ngn dak lain dh smpai ni. Cpt la. Ktrg tgu cne.

(Kau dimana ni?Hendak ikut atau tidak? Aku dengan budak lain dah sampai ni. Cepat la, kitaorang tunggu sini.


2. Tul kew kdai tu de jual mende tew? Ri tu aq gi tk dew pun!

(Betul ke kedai itu ada jual benda itu? Hari tu aku pergi tak ada pun.


Haaaaaa.....tak ke sakit hati nak membacanya? Memanglah di kalangan dorang dah memang faham, tapi berpada-pada lah....ini sampai terbawa-bawa dalam peperiksaan ini dah kes bahaya. Penggunaan bahasa ini dalam peperiksaan akan menjejaskan permarkahan kerana setiap kesalahan ejaan akan menyebabkan pemotongan markah maksimum 3 markah bagi setiap kesalahan ejaan.


Ini ada petikan beberapa singkatan bahasa SMS yang sering digunakan :


Dia -----------------------------> dier

Gila-----------------------------> giler

Siapa---------------------------->saper

aku------------------------------>aq

buat apa------------------------->watpe

cerita---------------------------->cter

terima kasih--------------------->tk

buat----------------------------->wat

keluar--------------------------->kuar

tidak payah--------------------->takyah


dan beberapa lagi lah.....malas nak taip banyak-banyak...


Ok.....agak-agaknya lah kan...apa dan bagaimana ibubapa boleh memainkan peranan dalam menghadapi masalah ini, terutama jika anak-anak kita bukan sahaja menggunakan ketika bersms dengan kawan-kawan tapi bimbang jika ini akan terbawa-bawa ke dalam peperiksaan. Sudahnya nanti...gagal dalam Bahasa Melayu hanya di sebabkan masalah ini, sebaliknya mereka yang bukan Melayu cemerlang dalam Bahasa Melayu. Parah juga ni....


p/s: Tabik spring kat ayah sebab dalam sms dia, jarang sekali atau susah nak jumpa ayah menggunakan bahasa singkatan sms.

Selasa, 7 Jun 2011

Kudap-kudapan untuk ibu dan anak-anak



Hari ini ayah akan bertolak ke German selama 5 hari. Kebetulan pula orang yang biasa jual bahulu kegemaran ibu dan rempeyek kegemaran ayah dan balqis datang, jadi ayah borong sampai 3 bekas setiap satunya. Ayah kata....nanti malam-malam ibu tengok tv ke berFB ker boleh la makan ...heheheh...adehhhhh...makin kembang setaman la ibu dek bahulu nanti......dah tu benda di depan mata..asyik ngap sajerlah....

Sudah la ibu ni makin berisi..bak kata ayah..dah macam "ayam tesco sudahhhh"......hahaha...tapi itulah ayah..sebelum ayah ost ke mana-mana mesti ayah akan siapkan segala keperluan di rumah..ayah kata tak mahu ibu susah-susah pergi beli barang keperluan....semua dah tersedia kat rumah.....dari dulu ayah memang akan pastikan semua sekali ok di rumah..baik anak-anak...pun segala ubat-ubat untuk demam, batuk, selsema pun ayah dah siapkan.....sebab itu lah ibu dan anak-anak sayang kat ayah.. :)

Jari idzham sakit



Malam semalam, idzham tersepit tangan di pintu bilik. Ini gara-gara dia mengacau abang-abangnya nak tidur lah ni. Firdaus pulak tutup pintu tak tengok dulu....main tutup jer...haaa...apalagi menjerit kesakitan lah idzham,. 3 jarinya jadi merah..cam pakai inai gitu. Luka skit...tapi ayah dah gosok dan letak ubat. Idzham dah sakit, penat menangis barulah tidur.....kalau tidak masih nak main lagi....


Bangun pagi tadi..nasib baik tangan idzham dah okay....alhamdulillah...ayah dah siap pesan..kalau jadi biru jari idzham tu cepat call ayah nanti nak bawa ke klinik.....

Isnin, 6 Jun 2011

2004

Dah lama tak buka akaun photobucket..sampaikan username dengan password pun dah lupa..terpaksa reset paswword. Tengok dalam photobucket tu ,ada tersimpan beberapa keping gambar..ini dua keping antara yang tersimpan dalam tu...


Amerrul Rafique ketika ini baru berusia setahun. Lain sungguh muka rafiq jika dibandingkan dengan waktu ini. Gambar ini di rumah sekarang di Melaka...Baju yang rafiq pakai ni memang diturnkan ke idzham..dan sekarang idzham dah tak muat nak pakai...tapi tak boleh nak turunkan ke balqis.....simpan jerla...



Ini pulak raya tahun 2004. Tema tahun tu kaler merah. Tapi gambar ibu dan ayah tak ambil la pulak..kaler merah juga rasanya...ya..ya..kaler merah. Firdaus, Rafiq dan Angah..semua comel-comel..sekarang masing-masing dah besar....kurang comel...jadi handsome la pulak.....:)

Bila nak siap ni....



Hajat di hati nak jahitkan manik di pergelangan tangan baju kuurng moden ni. Ini 3 hari punya beransur-ansur menjahit..baru dapat banyak ni....huhuhu......Tak boleh jahit waktu balqis ada, nanti habis di main-mainnya manik tu..dicampur-campurkan manik tu. Kalau nak jahit pun waktu dia ada..kena jahit berdiri..itupun kadnag-kadang datang bad mood dia..ditarik pulak baju tu...

Tengoklah agak-agaknya berapa minggu, bulan atau tahun agaknya baru siap......