Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Aidilfitri



Alhamdulillah......dua hari lagi kita bakal menyambut 1 Syawal, di kesempatan ini, Idaman Family mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI buat rakan-rakan blogger, pembaca-pembaca blog, follower blog dan sesiapa sahaja yang kebetulan singgah di blog IDAMAN FAMILY ini. Maaf Zahir dan Batin, ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai ada terkasar bahasa tersilap dalam menyusun bait-bait kata sepanjang kami menulis di blog ini.

IDAMAN FAMILY juga ingin mengingatkan anda semua agar berhati-hati ketika memandu untuk pulang ke kampung halaman. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Anda yang berada di Melaka, marilah singgah ke rumah......andai ada yang sudi...:)

Sabtu, 20 Ogos 2011

Remote Ohhh Remote



Haaaaaaaa.....kisah remote pulak kali ni......Dulu sekali remote astro pernah hilang satu hari, rupanya bukan hilang tapi ibu yang sorokkan, ibu boleh terlupa pulak. Remote astro kat rumah seolah-olah macam emas yang sangat beharga menjadi rebutan di kalangan anak-anak ibu. Biasa yang paling suka usung remote astro ke hulu ke hilir ialah Idzham.

Rabu lepas.....selepas anak-anak balik sekolah, kecoh masing-masing mencari remote. Yerla susahkan tak ada remote ni, terpaksa guna decoder nak tukar channel, dan macam-macam lagilah yang tak dapat dibuat tanpa remote ni. CAri..segala ceruk..bawah kusyen, dalam almari, bawah meja,dalam bilik, dapur semua tak ada. Khamis, jumaat...kami dirumah menonton tv tanpa remote. Pernah khamis malam jumaat hari tu, masing-masing tak buka tv, sebab tak ada mood nak tengok tv tanpa remote. Sudahnya malam tu masing-masing masuk tidur awal. Ibu jer yang tengok "semanis kurma".

Pagi tadi, (sabtu) setelah kehilangan remote berhari-hari..ayah ada idea..ayah tanya ibu, bila remote di kesan hilang. Ibu ni antara ingat-ingat lupa. Rupanya ayah mainkan semula rakaman CCTV, untuk melihat siapa yang hilangkan remote. Mula-mula khamis punya rakaman....eh...memang waktu tu, remote dah hilang sebab kelihatan dalam rakaman tu..ibu menukar channel gunakan decoder (ini pun setelah belajar dengan anak-anak ibu...hahahahha).

Ok.....ayah kata..kita mainkan rakaman hari rabu.....
Detik demi detik....dalam rakaman tu...pagi..tinggal ibu dan balqis...waktu tu memang kelihatan remote ada atas meja. Lepas tu Idzham balik sekolah.....kelihatan idzham capai remote dan kepitkan celah ketiak dia, masuk dalam bilik study, kelihatan dia sembang dengan ibu dengan remote masih lagi berada di celah ketiak dia.....sana sini dia round dengan remote masih di kepitnya. Tiba-tiba......nampak dia masukkan remote di rak buku dia..di celah-celah buku.

Hahahahahahha......cepat-cepat angah pergi ke rak buku idzham dan selak-selak celah buku dan haaaa...jumpa pun.....ish...ishhhh......ishhhhh...hari tu bila ditanya tak mahu mengaku..seboleh-boleh dia kata.."bukan yamm.....masa yam balik sekolah hari tu memang dah tak ada remote"....kasihan balqis..semua ingatkan balqis yang hilangkan remote.....

Nasib baiklah ada rakaman CCTV...sebenannya banyak membantu cctv ni.....antara contoh lain....setiap hari pukul 3 anak-anak perlu belajar sehingga pukul 5. Kadang-kadang penat ibu suruh...tapi masing-masing kejap jer..lepas tu main.....haaaaa......ada masa tu...memasing dapat panggilan hangit dari ayah...mana tidaknya ayah melihat CCTV dari handphone ayah.....tahulah masing-masing tak belajar...emmm...kenalah dengar ceramah.

Ada sekali tu kan....Rafiq tak mengaku dia dah goreskan alas seterika ibu, adalah kesan koyak pada alas seterika tu. Sekali tu...malam, masa santai-santai tu..ayah sesaja tengok rakaman cctv yang berlaku selepas anak-anak balik dari sekolah. Haaaaaaaa.....kantoiiiiiiiiiiiiiiii...nampak rafiq pegang gunting sambil gores-goreskan kat alas seterika tu. Pastu bila panggil rafiq..tetap dia tak mengaku...bila tunjukkan rakaman tu....terus terdiam dia....sesambil sengih-ssengih...dia kata.."apiq lupa...apiq tak perasan.."....huhuhuhu....sakit perut ibu gelak bersama ayah...ada hati tak nak mengaku tu ......

Begitulah kira-kiranya cerita tentang remote asto.....panjangnya ibu membebel..sesekali lepaskan gian menaip banyak-banyak....tak pandai lah ibu nak cerita tentang hal lain selain hal anak-anak dan family ibu tersayang......

Selasa, 9 Ogos 2011

Assalamualaikum......Pertama sekali tidak terlambat rasanya untuk ucapan Selamat Menjalani Ibadah Puasa, semoga Puasa kali ini kita mendapat keberkatan dan kita hayati sepenuhnya. Sudah lama tidak update blog ni...biasalah kesibukan yang tiada penghujungnya....ini pun curi-curi masa sementara menunggu untuk sesi menjadi supir...(ambil anak dari sekolah...:).
Entry kali ni nak masukkan info tentang Stress atau Tekanan Perasaan di kalangan wanita Malaysia. Walaupun isu ini dah agak lama iaitu keluaran Berita Harian pada 20 Julai lalu tapi baru hari ini berkesempatan untuk masukkan dalam blog....topik atau isu ini agak menarik perhatian ibu untuk dikongsikan dalam Idaman Family...walaupun dah banyak blog lain yang telah pun menjadikan isu ini sebagai entry untuk dipaparkan di blog mereka.

Hmmmmm...bila melihatkan carta di atas.....agaknya ada tak di kalangan pembaca wanita termasuk. Kalau ya...kategori yang manakah anda tergolong.....kalau ibulah......no 4 tu....terlalu serius terhadap pelajaran anak....tapi tidaklah sampai stress yang boleh membahyakan mental...tapi...kadang-kadang ianya turut mengganggu perasaan ini. Maklumlah anak sulung...akan hadapi UPSR tidak lama lagi.....ditambah pulak....anak ibu sorang ni jenis yang cool jer....macamlah UPSR tu dia akan ambil 2 tahun lagi...manalah ibu tak pot pet pot pet.....

Cuma sejak kebelakangan ini....ibu cuba kurangkan expectation ibu terhadap Firdaus, sebab setelah menghadapi beberapa peperiksaan PKSR, Percubaan....itu jerlah yang mampu dia perolehi.....so..ibu kena letakkan harapan ibu bersesuian dengan kemampuan dia.....tapi tetap tidak putus berdoa agar Allah memberikan yang terbaik untuk anak ibu...sentiasa berdoa agar dia tenang dalam menghadapi peperiksaan dan semoga Allah kabulkan doa yang sentiasa ibu titipkan setiap detik dan waktu...ameennn....insyaallah...Usaha tetap usaha...doa tetap doa...dan diakhiri dengan Tawakal.....

Berbalik kepada carta di atas.....berusaha untuk menjaga hubungan dengan pasangan....dan seperti yang menjadi tajuk besar dalam paper..."Syak suami curang punca stress"....alhamdulillah.....ibu tidak termasuk dalam kategori ini. Walaupun ada sesekali ianya menjengah tapi...tak per..ibu tahu macam mana ayah dan ibu kenal siapa ayah. Adalah jugalah konterversi berkaitan itu melanda tidak lama dulu...tapi...alhamdulillah itu semua salah faham sahaja....semoga Allah tetapkan hati ibu dan ayah untuk terus bersama dan setia dengan hubungan ini.

Dalam Berita Harian ini juga ada pesanan dari Pakar Psikologi Klinikal, Datuk Dr Wan Halim Othman...katanya "wanita perlu bijak mencari ruang menghilangkan tekanan dan tidak takut melepaskannya dengan cara yang betul termasuk melalui aktiviti seperti bersukan, dan keluar bersama rakan". "Jika suami melarang isteri keluar rumah untuk bersukan,cuba berbincnag dnegan. Begitu juga jika majikan meminta kita melakukan sesuatu yang mustahil, cuba luahkan pandangan dan jangan takut jika kita benar".

Apa pun yang penting kita perlu bijak tangani tekanan .....tidak juga ibu nafikan ibu pun sesekali hadapi tekanan atau stress tapi tidaklah sampai tahap kritikal.....jika itu yang berlaku....ibu suka luahkan pada rakan terdekat ibu.....juga paling ibu selalu buat....luahkan pada ayah..insyaAllah..luahan ini akan meringan sedikti sebanyak tekanan yang kita tanggung.