Selasa, 13 September 2011

Ulangtahun Perkahwinan - 13 tahun


13 September 1998 – 13 tahun dahulu……ibu dan ayah telah diijabkabulkan, termetrai  sudah hubungan yang dibina selama hampir 4 tahun. Janji yang dipatri telah dilaksanakan. Bermulalah episod baru dalam hidup ibu dan ayah sebagai suami dan isteri.  Diiringi doa semoga ikatan ini akan kukuh sehingga ke akhir nyawa.

13 September 2011 – Kini genap 13 tahun ikatan suami isteri terjalin. 13 tahun bersama dengan dikurniakan 5 orang cahaya mata.  Terbayang di mata ini, ketika di awal perkahwinan…..kehidupan ibu dan ayah tidaklah sesenang sekarang.  Ketika kehidupan terumbang ambing dengan kerja yang tidak tetap..sungguh perit ketika itu, pelbagai dugaan datang menduga. Kesusahan yang di alami sungguh mencengkam hati  ibu dan ayah…ketika ibu sarat mengandung anak sulung….ibu  tetap menemani ayah dari satu lokasi ke satu lokasi untuk mencari pekerjaan….sedih..hiba…sayu dan pelbagai  perasaan yang tidak dapat digambarkan. Sehinggalah ibu melahirkan anak ibu yang sulung….kehidupan masih terumbang ambing dengan pendapatan yang tidak tetap….sehingga pernah ayah menangis kerana tidak mampu untuk membeli puting susu.  Alhamdulillah…….tempat untuk kita berteduh diwaktu itu tidak menjadi masalah kerana kita menumpang dirumah mak ketika itu.

Berkat doa dan usaha gigih ayah untuk mengubah kehidupan kita……dari satu tahap ke satu tahap ayah mendaki….berkat kegigihan ayah yang bekerja keras setiap hari tanpa mengenal erti penat dan jemu….kehidupan kita semakin berubah dan ketika itu  awan kelabu semakin berarak menjauhi  dan menampakkan sinar mentari  yang kian menyinari kehidupan rumahtangga ibu dan ayah. 

Walaupun demikian…..dugaan tetap datang menjengah..mungkin Allah mahu menguji sejauh mata kukuhnya ikatan suami isteri yang terbina ini…..alhamdulillah berkat doa dan kesabaran …ibu dan ayah tetap kuat dan tabah menghadapi dugaan dan ujian dariNya.  Terima kasih kepada ayah kerana banyak berkorban  jiwa dan raga dalam menjadi  nakhoda keluarga ini. Tanpa itu semua…tak mampu ibu membayangkan apa yang akan terjadi pada hubungan ini.

Walaupun usia perkahwinan baru masuk ke angka 13….mungkin bagi mereka yang sudah lama melayari ikatan perkahwinan…angka itu masih baru..tapi bagi ibu…sepanjang 13 tahun ini terlalu banyak perkara yang berlaku yang mematangkan  ikatan perkahwinan ini. Tetapi……alhamdulillah..perasaan ibu dan ayah tetap sama ketika dialam percintaan dahulu….kami tetap bergurau senda…dan satu sikap ayah yang menjadikan ibu terlalu menghargai ayah……sikap bertangugngjawab ayah terhadap ibu dan anak-anak, sikap bertolak ansur ayah, sikap ayah yang suka berjenaka dan banyak lagi sebenarnya…..

Ya Allah…..aku bermohon kepada Mu Ya Allah…..kukuhkan lah ikatan ini, berilah kami kebahagiaan dalam menjalani kehidupan ini. Berkatilah segala apa yang kami lakukan. Peliharalah kami agar sentiasa berada di jalanMu ya Allah. Jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah…sentiasa taat kepadaMu Ya Allah dan juga taat kepada kami ibubapanya. Jauhkanlah kami dari segala perkara-perkara buruk.  Panjangkanlah usia kami dan kurniakanlah kesihatan yang baik untuk kami. Kurniakanlah kami keimanan dan ketakwaan kepadaMu sentiasa. Semoga kami sentiasaa dalam keredhaanMu. Amin…amin yarabbal alamin.
Disini ibu abadikan ucapan dari ayah sempena ulangtahun perkahwinan ini :

Happy 13th Anniversary - well what you know, time really flies so fast, indeed it wasn't really a smooth cruise, there were ups and downs accompanied with laughters and tears, we were never ready to have a family on the day we took the oath, but we know deep in our heart that we love each other and want to give the best that we could. You are the queen in my castle, a mother of our four handsome princes and our cute little princess. There are nothing more that could reward you for things that you had done for us, except my pledge - being there for you, like I always do

Sabtu, 3 September 2011

Anak, Menantu dan Cucu - Ustaz Abdul Aziz

02 September 2011

Gambar kenang-kenangan ibu dan kakak ibu watie, ini sahajalah adik beradik ibu yang masih sering ibu berhubung, kakak sulung ibu telah meninggal dunia sejak umurnya 14 tahun, semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya; Abang Ngah ibu - sekejap ada sekejap tiada, moga dia pun sihat dan diberikan petunjuk oleh Allah supaya menghargai ikatan kekeluargaan.

sama anggun sama jelita ;)

(berdiri dari kiri) ayah, ibu, mak uda, pak uda
(duduk) nenek dan atuk

gambar antara cucu-cucu atuk dan nenek 


Hari Raya Aidilfitri 1432 / 2011

01 September 2011 / 1 Syawal 1432

Seperti kebiasaan ayah dan putera-putera ibu menunaikan solat aidilfitri di Masjid Al-Azim, ibu dan puteri ibu tunggu di rumah sambil menyiapkan juadah hari raya. Tahun ini ibu masak nasi briani, dalca kambing, ayam masak merah, kurma ayam dan rendang daging. Selepas solat selesai, anak-anak ibu bersalaman.


Along first

lepas tu Angah

third Uda

forth Ateh

last Balqis

turn Ibu pula....

Along

Angah

Uda

Ateh

Balqis

Gambar anak-anak bepakaian raya

Ayah dan Ibu

Ayah dan Ibu bergambar bersebelahan dengan bunga gubahan Ayah

Ibu dengan puteri kesayangan

Amacam comel tak kami







Gambar ni sebelum kami keluar berhari raya di rumah Mak


Pada hari raya kedua kami bertolak ke rumah kakak ibu di Kuala Mai, Pahang; kebetulan atuk dan nenek berhari raya di sana tahun ni.

gambar ni janggal sikit sebab kamera-man amatur

gambar kami sekeluarga di rumah kakak ibu