Ahad, 20 Februari 2011

Motivasi diri - Ubat Sifat Marah

19 Febuary 2011 - Ahad

Sejak dua menjak ini, sifat pemarah ibu, sifat rajuk ibu semakin kritikal rasanya, kasihan anak-anak ibu, dan kasihan juga ayah yang terpaksa berdepan dengan sikap panas baran ibu ini. Kenapa yer.....makin tua ni, makin tinggi pula sifat marah dan makin tinggi pula rajuk ibu......sedeh rasanya.....semalam merupakan hari yang menjadi kemuncak marah dan rajuk ibu, walhal perkara kecil jer dan salah intonasi serta salah gaya penyampaian .....menjadikannya melarat......

Jalan-jalan melayari alam maya ni, ibu terjumpa satu site iMotivasimotivasi yang menarik untuk ibu jadikan panduan....banyak yg perlu ibu baca lagi untuk membuang sifat buruk ibu ni...huhuhuhuhu........antaranya yang ibu ambil ialah :


Motivasi diri – ubat sikap marah


Syarat untuk cara ni berkesan, mesti ada seseorang di sisi Anda yang memahami Anda.

Dia mungkin kawan Anda, isteri Anda, suami Anda, adik beradik Anda ataupun nenek kesayangan Anda. Siapa-siapapun boleh, janji dia kenal isi hati Anda dan boleh menyimpan rahsia dengan penuh amanah.

Minta dia tegur Anda tatkala dia melihat Anda sedang marah ataupun tertekan menangggung beban marah yang ditahan-tahan. Kita sebagai manusia beremosi tak boleh simpan marah lama-lama sebab marah yang tersimpan tu boleh berubah menjadi dendam.

Gitau dia yang Anda ada sikap cepat naik marah. Luahkan padanya yang Anda tekad mahu kikis sikap cepat marah tu.

Dendam sedikit yang disimpan lama-lama akan berubah menjadi dendam membara yang susah nak hilang sampai bila-bila. Marah yang tersimpan kena disalurkan keluar melalui kata-kata ataupun perbuatan positif.

Kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan rasa marah kita, barulah berasa lega dan rasa ‘ringan’. Tak lagi terbeban.

Suri rumah dan ibu-ibu mengandung di sarankan agar mengurangkan sikap cepat marah sebab sikap tersebut akan menjangkiti anak-anak bahkan suaminya sendiri. Kesan dari perbuatan tu, suami mungkin ‘hilang selera’ dan anak-anak pun langsung tidak menghormati ibunya di dalam rumah mahupun di luar rumah.

Asal nak dekat ngan mak, mesti kena marah. Begitulah kata-kata hati si anak.

Jika Anda seorang ibu dan bila anak Anda semacam sudah tidak hormatkan Anda bahkan suka melawan cakap Anda, mungkin silap Anda juga sebelum sebab selalu menghambur marah tak kira masa, tak kisah suasana. Inilah salah satu akibat buruk dari sikap cepat marah. Sesiapapun (hatta anak sendiri) jadi tak respek langsung ngan kita.

Bebudak sekarang makin bijak. Memarahi mereka kena dengan cara menegur, tapi biarlah dengan cara berhemah diiringi air muka yang terkawal supaya mereka faham ibu atau bapanya sedang memarahi mereka.

Untuk mengurangkan sikap cepat marah, Anda kena lebihkan pada peranan Anda di dalam keluarga, di dalam jemaah, di dalam komuniti dan di dalam organisasi tempat kerja Anda. Anda perlu tanya diri Anda apa yang boleh Anda sumbangkan untuk memudahkan hidup orang lain.

Jadilah orang yang bermanfaat sebab dari sikap suka membantu, kita akan dapat mengawal sikap cepat marah sedikit demi sedikit. Makin banyak kita memberi, makin banyak kita ubah sikap kita jadi semakin baik dari sehari ke sehari.