Selasa, 19 April 2011

Ayam Pistol

Gambar ini diambil dari Pakcik Google

19 April 2011 - Selasa



Inilah bahagian ayam yang paling idzham suka. Kalau masak, mesti kena ada part ni...dan kalau sesiapa yang ambil part ni, mesti idzham mengamuk. Dia panggil kepak ayam ni.."AYAM PISTOL", hahahha.....kat rumah ni kalau di sebut ayam pistol tu tau lah apa benda yang dimaksudkan dengan ayam pistol.

Tak kiralah masak apa..goreng ke, kurma ke, lemak ke, sup ker..memang itulah yang akan idzham minta.

Baca buku ker ???




19 April 2011 - Selasa


Balqis memang suka membelek buku terutama buku yang dipegang tulah. Kalau ibu sedang duduk ker, dia mesti tarik tangan ibu suruh tunjukkan gambar sambil dia ikut apa yang ibu baca dalam tu. Gambar atas tu, gambar waktu ibu sedang memasak tadi.....mula-mula dia baca sendiri, dari duduk ke baring lepas tu terus tertiarap...penat sangatlah tu.....


Balqis pun sekarang dah pandai mengira 1-10, cuma pelat dan no 6 dan 7 dia selalu lupa, kalau nak suruh dia mengira..kita pun kena ikut sama dia...nanti bila dah 10 dia akan tepuk tangan. Sambil mulut mengira, tangan dia akan turut sama mengira......