Rabu, 20 April 2011

Lawatan Ayah bersama Ketua Menteri Melaka ke Taiwan

20 April 2011 - Rabu

Ahad lepas, ayah telah berangkat ke Taiwan untuk lawatan kerja selama dua hari bersama Ketua Menteri Melaka dan beberapa Pegawai lain. Ini sebenarnya lawatan untuk mempelajari beberapa teknologi yang mereka gunakan terutama dalam Kitar Semula, yerla kan Melaka kan sedang giat berusaha untuk menuju ke arah Bandaraya Teknologi Hijau. Ibu tak pandai sangatlah nak mengulas tentang lawatan ini, tapi yang ayah cerita, antara yang mereka lawati adalah bangunan yang diperbuat dari botol-botol kitar semula. Gambarnya nantilah ibu cari...ibu letakkan di sini.

Kalau tak silap ibu gambar ini di ambil ketika berada dalam bangunan yang dibina dari botol-botol yang telah dikitar semula, nampak belakang tu ....





Gambar yang lain-lain tu..nanti ibu update kan lah perjanjian antara Taiwan dan Melaka berhubung dengan kerjasama dalam Teknologi Hijau ni.