Khamis, 28 April 2011

Idzham dan Balqis dapat hadiah jam....

Jam Ben10 idzham punya..ada lampu-lampu lagi


Ini pula balqis punya....balqis panggil kak nira...camnie "Kak iyaaa" ..hehehe


Hari semalam Idzham dan Balqis dapat hadiah dari Kak Nira yang cute tu.....kak nira ni memang suka melayan idzham dan balqis......kekadang bila kak nira basuh kereta..rajin dua orang ni tolong kacau.....hehehehe..kannnn kak nira.....


Terima kasih kak nira......bak kata idzham.."kak nira buchuk"....siap berlagu lagi tu.....

Red Velvet Cake


Inilah percubaan pertama ibu buat Red Velvet Cake yang amat popular sekarang ni. Tak cantik sungguh rupa kek ni.....lantak lerr kan..nak makan sendiri...eh..tapi ibu ada la kasi kat jiran skit, tapi bila dah potong-potong, cantik jugalah rupanya. Tapi yang penting, bagi sesiapa yang suka makan cheese, memang sedap sangatlah kek ni...ada rasa masam, manis, rasa coklat sikit....


Resepi ibu ambil dari kawan ibu di sini, senang sahaja nak membuatnya, ibu pun aunty norida dah nasihatkan ibu buat dalam cup, senang, tapi kat rumah ni dah kehabisan pulak cup. Ibu buatlah dalam loyang, dah la tu loyang yang sama saiz lak ada satu jer, so ibu bakar dalam satu loyang then belahkan kek tu jadi 2 lapis.......


Nanti kalau nak buat lagi, ibu nak buat dalam cup lah dan nak buat topping lain...tak mo lah cheese sebab anak-anak ibu tak berapa gemarkan cheese.....tapi aci ker buat topping lain...sedap ker...tak apalah...nanti kita try yer....