Jumaat, 20 Mei 2011

TAZKIRAH


Artikel ini adalah sumber dari : iluvislam



Gambar dari Google



Kita dihidangkan dengan pelbagai hiburan samaada dari barat mahupun dari dalam negara sendiri. HIBURAN dipersepsikan jiwa umum sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menghidupkan jiwa yang hambar. Tanpa sedar, jiwa generasi kini mengenyangkan 'parasit' yang dipelihara di dalam jiwa. Minda kita dihiburkan dengan indahnya alam fantasi bukan indahnya Syurga akhirat nanti.

Jiwa kita dihiburkan dengan pelbagai kisah percintaan yang romantik yang bila-bila masa boleh mengetuk syahwat dan zina mata/ hati. Jiwa kita dihiburkan dengan berbangga memiliki kereta mewah dan mendedahkan aib sendiri, bukan berbangga dengan adanya Iman dalam jiwa Islam. Semua itulah hiburan yang membawa kepada wahan (cintakan dunia).

Menulislah kerana Allah.. InsyaAllah, pasti akan ada jiwa dihidupkan dari alpa. Pasti akan ada Iman yang dikejutkan dari leka. Kadang-kadang ragam manusia, mereka sememangnya TAHU apa yang BAIK dan BURUK. Mereka juga SEDAR mana yang perlu diikut dan wajib ditegah! Tetapi GODAAN dan BISIKAN SYAITAN itu yang meLEKAkan insan yang lalai. Bagaimana? Apabila kita terlupa kita Hamba-Nya maka kita secara automatik akan lupa akan TUHAN.. kita akan lupa pada amanah, pada akhirat! Pada titian siratulmustaqim yang bakal dilalui! Puncanya ialah Hati yg LALAI. HATI yang LEKA!

Bagaimana LEKA itu hadir? Kadang-kadang kita terlalu bersemangat dan merasa kita sudah taat pada perintah-Nya. Semua ibadat kita lakukan. Semua amalan kebaikan kita laksanakan. Sebut apa sahaja, yang wajib yang sunat semua dibuat. Tetapi dalam masa itu kita masih kehilangan 'RASA' nikmat dalam JIWA.

Saya begitu pasti akan ada yang pernah merasa perasaan sedemikian. Kadang-kadang entah kenapa walaupun nama ALLAH disebut-sebut dalam zikir, tetap tidak memberi kesan pada hati? Kenapa laungan AZAN seolah-olah sekadar angin lalu tanpa sedar. Kenapa? Dalam Solat masih teringat akan 'future husband' atau 'future wife', teringat akan sms.. semuanya seakan tidak mahu berganjak memberi ruang pada diri untuk berinteraksi secara kusyuk dengan Allah. Walaupun sedang duduk tahiyat akhir, jari telunjuk terangkat syahadah hanya pada lafaz bibir tanpa menghayati maknanya!

Semua itu kerana LEKA! Apabila hiburan terlalu banyak disuntik ke dalam jiwa seorang hamba, apabila jiwa itu juga terlalu dicucuk dengan pelbagai cerita-cerita bersiri cinta dan romantika. Tatkala jiwa itu dihidangkan dengan keBAHAGIAan berupa material yang bertimbun-timbun, apabila jiwa diracuni angan-angan kereta mewah, harta yang berjuta. Lihat? Bukankah ALLAH sudah menunjukkan betapa kekayaan di dunia itu merupakan suatu ujian berat buat hamba-Nya. Belum pun menjejakkan kaki ke jalan keKAYAan duniawi kita sudah pun dilemaskan dengan keKAYAan angan-angan tanpa Iman!

Bagaimana mahu fokus pada rakaat dalam solat kalau dalam fikiran fokus pada di mana mencari WANG saraan lebih? Ya. Bagi mereka.. wang yang penting.. bagi makan..pakai.. kalau solat 24 jam pun tiada berguna andai tiada wang.. bukan boleh beri makan pakai anak. Tidaklah sampai 24 jam sahabat-sahabat sekalian. Malah satu jam pun tidak sampai... andai 30 minit sudah memadai jika HATI diletakkan BETUL pada tempatnya.

Titipan ini ikhlas untuk sahabat-sahabat di luar sana. Kita menyangka.. apabila kita duduk di rumah, berkurung di bilik.. kita tidak diuji, bebas daripada sebarang dosa. Ya, anda silap. Kita akan terus menerus diuji dan dicuba walaupun kita berada berseorangan. Syaitan ada di mana-mana. Dia akan sentiasa berusaha untuk mencari jalan memesongkan kita pada jalan-Nya.

Sebagai contoh, kita mengelak dari keluar berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina.. dan untuk berbicara memadai dengan berbicara di Facebook, Yahoo Messengger atau menggunakan kemudahan lain di alam maya. Harapannya tiada dosa yang dilakukan kerana tidak keluar berdua-duaan, tidak bersentuhan, tidak berdepan.. Ini silap.. Walaupun berhubungan di alam maya.. maksiat masih boleh berlaku.. Syaitan sentiasa berusaha memesongkan anak-anak Adam walau di mana mereka berada..

Sekali rebah digoda, esok taubat lagi. Kali kedua rebah esok taubat lagi. Tapi bila kali ketiga, kali keempat rebah? Anda pasti diyakinkan 'makhluk bertanduk' itu akan 'adanya esok hari' dan sentiasa beranggapan Allah akan tetap menerima taubat kita walaupun kita sentiasa melalukan dosa tanpa berusaha menghentikannya. Seolah-olah taubat sudah tidak bermakna bagi mereka.

Kesimpulannya cuma satu! Jangan LEKA!
Bagaimana??

-Kurangkan menyuntik hiburan-hiburan yang melekakan.. bukan tidak boleh. Boleh, tetapi jangan terlalu BANYAK hingga kita akan hilang MINAT untuk menjadikan ibadat sebagai hiburan utama untuk ke akhirat! Apabila kita terlalu minat untuk mencari hiburan-hiburan lagha, maka amalan kita tentu akan hilang 'jiwa' dan 'rasa', kerana kita sudah ketagih dengan hiburan-hiburan yg diperlihatkan 'SEDAP' di mata kita oleh 'makhluk bertanduk' itu!

-PAKSA diri membaca doa menghindarkan diri dari gangguan Syaitan! Paksa diri membaca ayat al-Quran walaupun surah pendek seperti surah al-ikhlas! Kerana apa? Apabila kita sudah cuba sedaya-upaya menjauhi HIBURAN yang diperlihatkan 'sedap' pada pandangan mata kita.. tetapi hati kita masih kekurangan santapan-santapan kerohanian. Bukanlah pada membaca al-Quran semata-mata, tetapi dekatkan diri dengan aktiviti keagamaan, ceramah, rutin kerohanian.. atau beri peluang pada masa mengenal ayat-ayat ALLAH. Cari HIBURAN di situ! InsyaAllah... Banyak kelebihan bagi kita mengkaji dan mendalami ayat-ayat ALLAH. Gantikan rutin 'menghafal lirik lagu' kepada 'menghafal ayat al-Quran'.

-LAFAZ SYAHADAH tidak semestinya diruang SOLAT! Inilah label pemikiran kita... ucap syahadah hanya pada masa solat..! Ingat! Syahadah antara RAHMAT ALLAH paling BESAR buat kita yang beragama ISLAM. Ia umpama 'HOT' TIKET bagi masuk SYURGA ALLAH!! Peluang sang pendosa terbanyak dan terbesar.. syahadah inilah yang memberi laluan mereka memasuki SYURGA walaupun pada tingkat terbawah.

Maka... jika jiwa lemah, hiburan sukar dihindar.. Bagai ketagih yang dipatri ruang jiwa, doa payah dilafaz, al-Quran payah dibaca! Ucaplah SYAHADAH sebanyak mungkin.. ucaplah sehingga timbul getaran dalam kalbu. Ucap sehingga datang rasa MALU! Ucap sehingga hadir rasa TAKUT! Ucaplah sehingga jasadmu terpanggil membuat persiapan untuk AKHIRAT nanti! Ucaplah SYAHADAH masa anda diuji! Ucap Syahadah pada awal pagi.. dan sebelum mata terlena berkali-kali. Moga dihadirkan hidayah dan taufik menerangi laluan hidup kita.. InsyaAllah!

Sentiasalah beristigfar memohon keampunan daripada Allah daripada semua keterlanjuran dosa yang kita lakukan. Sesungguhnya kita adalah makhluk Allah yang lemah, yang sentiasa lalai daripada memperingati-Nya, yang sentiasa membuat dosa, samada disedari mahupun tidak. Sentiasalah berwaspada daripada mengikuti bisikan-bisikan halus Syaitan. Jangan biarkan diri terleka.

-Artikel Iluvislam.com

Ayah dan kerjanya....

Majlis ini berlangsung pada 19 Mei 2011, Majlis menandatangani MOU diantara Akademi Teknologi Hijau dan syarikat bersama Pemandu untuk melaksanakan program sangkutan latihan industri hijau di Renaissance Hotel, Melaka.

Tak dapat nak mengulas panjang...ibu abadikan gambar-gambar sekitar tugasan ayah sebagai kenang-kenangan untuk tatapan anak-anak nanti....