Selasa, 9 Ogos 2011

Assalamualaikum......Pertama sekali tidak terlambat rasanya untuk ucapan Selamat Menjalani Ibadah Puasa, semoga Puasa kali ini kita mendapat keberkatan dan kita hayati sepenuhnya. Sudah lama tidak update blog ni...biasalah kesibukan yang tiada penghujungnya....ini pun curi-curi masa sementara menunggu untuk sesi menjadi supir...(ambil anak dari sekolah...:).
Entry kali ni nak masukkan info tentang Stress atau Tekanan Perasaan di kalangan wanita Malaysia. Walaupun isu ini dah agak lama iaitu keluaran Berita Harian pada 20 Julai lalu tapi baru hari ini berkesempatan untuk masukkan dalam blog....topik atau isu ini agak menarik perhatian ibu untuk dikongsikan dalam Idaman Family...walaupun dah banyak blog lain yang telah pun menjadikan isu ini sebagai entry untuk dipaparkan di blog mereka.

Hmmmmm...bila melihatkan carta di atas.....agaknya ada tak di kalangan pembaca wanita termasuk. Kalau ya...kategori yang manakah anda tergolong.....kalau ibulah......no 4 tu....terlalu serius terhadap pelajaran anak....tapi tidaklah sampai stress yang boleh membahyakan mental...tapi...kadang-kadang ianya turut mengganggu perasaan ini. Maklumlah anak sulung...akan hadapi UPSR tidak lama lagi.....ditambah pulak....anak ibu sorang ni jenis yang cool jer....macamlah UPSR tu dia akan ambil 2 tahun lagi...manalah ibu tak pot pet pot pet.....

Cuma sejak kebelakangan ini....ibu cuba kurangkan expectation ibu terhadap Firdaus, sebab setelah menghadapi beberapa peperiksaan PKSR, Percubaan....itu jerlah yang mampu dia perolehi.....so..ibu kena letakkan harapan ibu bersesuian dengan kemampuan dia.....tapi tetap tidak putus berdoa agar Allah memberikan yang terbaik untuk anak ibu...sentiasa berdoa agar dia tenang dalam menghadapi peperiksaan dan semoga Allah kabulkan doa yang sentiasa ibu titipkan setiap detik dan waktu...ameennn....insyaallah...Usaha tetap usaha...doa tetap doa...dan diakhiri dengan Tawakal.....

Berbalik kepada carta di atas.....berusaha untuk menjaga hubungan dengan pasangan....dan seperti yang menjadi tajuk besar dalam paper..."Syak suami curang punca stress"....alhamdulillah.....ibu tidak termasuk dalam kategori ini. Walaupun ada sesekali ianya menjengah tapi...tak per..ibu tahu macam mana ayah dan ibu kenal siapa ayah. Adalah jugalah konterversi berkaitan itu melanda tidak lama dulu...tapi...alhamdulillah itu semua salah faham sahaja....semoga Allah tetapkan hati ibu dan ayah untuk terus bersama dan setia dengan hubungan ini.

Dalam Berita Harian ini juga ada pesanan dari Pakar Psikologi Klinikal, Datuk Dr Wan Halim Othman...katanya "wanita perlu bijak mencari ruang menghilangkan tekanan dan tidak takut melepaskannya dengan cara yang betul termasuk melalui aktiviti seperti bersukan, dan keluar bersama rakan". "Jika suami melarang isteri keluar rumah untuk bersukan,cuba berbincnag dnegan. Begitu juga jika majikan meminta kita melakukan sesuatu yang mustahil, cuba luahkan pandangan dan jangan takut jika kita benar".

Apa pun yang penting kita perlu bijak tangani tekanan .....tidak juga ibu nafikan ibu pun sesekali hadapi tekanan atau stress tapi tidaklah sampai tahap kritikal.....jika itu yang berlaku....ibu suka luahkan pada rakan terdekat ibu.....juga paling ibu selalu buat....luahkan pada ayah..insyaAllah..luahan ini akan meringan sedikti sebanyak tekanan yang kita tanggung.