Sabtu, 8 Oktober 2011

Limau Bali

Hari ini kita menerima kunjungan kawan ibu dan ayah yang datang dari Puchong, Dr.Nurbila sekeluarga ke rumah. Dr.Nur datang dengan membawa pelbagai buah-buahan antaranya Limau Bali. Terima kasih yer Doc.

Lawak pun ada dengan anak-anak ibu yang tak pernah melihat limau bali, Masing-masing sibuk bertanya apa nama buah ni.....besarnya. Si Rafique pulak tak habis-habis suruh ibu kopek buah tu..tak sabar-sabar nak rasa. Lepas maghrib tu, ibu pun menjalankan kerja-kerja mengopek limau bali ni. Sesambil mengopek tu.....minda ibu seperti alat perakam video....memainkan semula rakaman-rakaman berpuluh tahun dahulu. Di kampung ibu, bukan di rumah ibu..tapi kampung....rumah arwah wan ibu..kira pangkat moyang lah dengan anak-anak ibu di Kampung Paya Luas, Temerloh. Kat sana kan ada salah sebuah rumah saudara ibu...banyak sangat pokok Limau bali ni kat rumah dia....selalu lah dapat makan free limau bali...sedap dan manis.

Tiba-tiba.....perakam video ibu ni terhenti bila dengar rafique kata......eeeehhhh...lembutnya kulit belah dalam limau ni cam span gitu.......hahahah..kulit tu kan tebal...kelakar dia ambil kepingan kulit yang ibu dah potong tu...di letak atas lantai pastu dijadikan cam bantal...lembut katanya...ishhh...macam-macam anak ibu ni.

Ibu pun potong lah.........timbul pula soalan....nk makan yg mana ibu......heheheh......udahhhh......korang ni...melampau betul....sampai nak makan yang mana pun tak tahu.......


Inilah contoh pokok limau bali yer anak-anak ibu......:)

Gambar-gambar dalam entry ni semua adalah ihsan dari Pakcik Google .